Thursday, December 30, 2010

Hati INI...

Hai...dah sekian lame aku tak update kan blog aku..hihihihi...xda mase tau....
ni aku baru je abis midsem..perghh,sngt penat otak aku... ade lagi satu sebab kenapa dan mengapa aku tak online...sebabnya aku tak bayar line broadband aku..hehheheehe...apa laaa...

Hmmm..ni coretan hati aku mase cuti hari tu tau...xtau nak buat ape so...inilah yang jadi....


Niat di hati banyak sekali…entah daya entah tidak untuk aku melestarikan segala harapan serta impian itu..bukan hendak menyalahkan takdir malah diri ini gagal untuk menjayakannya. Sukar sekali untuk diri ini menyatakannya. Diri ini hanya berserah pada Maha Yang Berkuasa,diri ini hanya khalifah di muka bumi ini. Tiada niat di hati ingin menyakiti sesiapa yang berada di sekitarku. Tapi kenapa diri ini sentiasa dilukai dan terus terluka,adakah lagi ada sinar yang menanti untuk diri ini bernafas walaupun hanya untuk seketika… diri ini juga manusia biasa perlukan kasih sayang serta belaian dari seorang insan bernama lelaki.
Cinta?? Diri ini takut untuk melibatkan diri dengan segala-galanya yang melibatkan tentang cinta… sukarkah untuk mengerti hati dan perasaan ini… kenapa cintaku di permainkan.. aku tak pernah melukakan sesiapa tapi kenapa sering diri ini yang terluka.. sungguh aku kesal bila mengenali dirimu,tapi apakan daya kita ditakdirkan untuk berjumpa… tapi hanya aku yang mencintaimu…kenapa harapan demi harapan palsu yang kau berikan padaku..kenapa disaat aku mencintaimu dengan tulus kau lukakan hati ini… aku sedar aku siapa tidak setanding dia.. tapi,aku juga perempuan ada hati nurani yang perlu kau fikirkan…. Terima kasih wahai teman,sahabat,kekasih……..
Tapi kenapa kau perlu muncul semula dalam hidupku…teruskanlah dengan percintaanmu jangan sesekali lagi menoleh ku yang berada di belakangmu.. itu yang ku pinta darimu..janganlah lukai lagi hati wanita lain,cukuplah hanya hati ini… dia pantas buat kamu. Apabila kau menoleh hati perempuan itu juga akan turut terluka. Tinggalkanlah aku sendiri di duniaku sendiri. Berikanlah sepenuh kasih sayangmu terhadap dia,jangan pernah sesekali kau melukai dia.
Duniawi. Kau muncul juga dalam duniaku..apa lagi yang kai mahu setelah hatiku kau sakiti.. tak pernah terdetikkah dihatimu penderitaan yang aku alami. Pedih,sakit,kecewa yang aku alami tak setanding dengan apa yang kau rasa…

cehhh...jiwang nak mampos kan..hahahhaha.. lantak laa... itu aku punya pasal..korang bace je....lau ade salah silap maafkan yea....


MOOD>>>>>>> TANDA TANYA.

No comments:

Post a Comment